Fazura, Fattah Amin Sah Bercerai Talak Satu

Pasangan selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura akhirnya sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari sebentar tadi selepas tujuh tahun melayari bahtera rumah tangga.

Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45pagi.

BACA: Esok Penentu Fattah, Fazura Cerai

Sebelum ini, mahkamah menangguhkan kes perceraian susulan menerima cadangan baharu daripada defendan yang mahu kes itu diselesaikan secara baik.

Ketika prosiding kes pertama pada 25 September lalu, Fattah enggan menceraikan Fazura atas alasan masih lagi menyayangi isterinya, namun Fazura nekad untuk bercerai demi maruah.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya kini berusia 4 tahun.

×