Hampir sebulan kemelut rumah tangga hangat diperkatakan, esok bakal menjadi detik sama ada pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura bercerai atau kes ditangguhkan sekali lagi.
Memetik Harian Metro, sebutan kedua prosiding tuntutan cerai Fazura terhadap Fattah dijangka berlangsung jam 9 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.
BACA: “Semoga Allah Pelihara Perkahwinan Fattah & Fazura Demi Fatima”
Pada 25 September lalu, Fattah enggan menceraikan Fazura atas alasan masih lagi menyayangi isterinya, bagaimanapun Fazura nekad mahu bercerai demi maruah.
Terdahulu, selesai sebutan perceraian Fattah dilihat ada memuat naik gambar Fazura bersama anak mereka, Nur Fatima Aisya sekaligus mengundang sebak di kalangan peminat dan netizen.
Menerusi entri itu, Fattah memuat naik gambar terakhir Fazura dan anak mereka serta memohon doa agar urusan mereka sekeluarga dipermudahkan serta mengatakan dia sayangkan mereka berdua.
SUMBER: Harian Metro