Perkongsian pelakon Nora Danish menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video mengajak orang ramai menghafal surah Al-Mulk sebelum masuk bulan Ramadan tahun hadapan.
Menerusi perkongsian itu, Nora berkata dia sudah berjaya menghafal lima ayat daripada surah tersebut serta berharap hantaran tersebut dapat membuka hati orang ramai untuk sama berbuat demikian.
BACA: “Bila Berlakon Tak Perlu Sentuh-Sentuh, Rasa Diri Mahal”
@nora.danish96 ??? #noradanish #artismalaysia #viralvideos #noradanishlover #fyp #foryoupagee #noradanish
“Saya sebenarnya sedang dalam percubaan untuk hafal surah Al-Mulk. Saya harap dengan perkongsian video ini akan buka ramai hati di luar sana untuk sama-sama hafal. Saya baru hafal lima ayat, jom kita lumba sama-sama,” katany.
Menerusi video itu, Nora yang dilihat menganakan telekung berwarna putih turut memperdengarkan bacaan ayat surah tersebut.
“Jom sama-sama kita cuba (hafal) sebelum Ramadan 2025,” tulisnya.
Perkongsian Nora itu mendapat pelbagai reaksi positif daripada netizen yang turut mendoakan agar pelakon itu berjaya menghafal surah berkenaan.