Pelakon Datin Seri Zizie Izette memuji kesungguhan adiknya, Shaheizy Sam yang menaikkan berat badan demi tuntutan watak.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Zizie berkata adiknya itu menaikkan berat badan untuk penggambaran sebuah filem dan Shaheizy sangat komited demi watak berkenaan.

BACA: Babak Tayang Badan Berketak, Shaheizy Sam Dedah Syatilla Suka & Sokong

“Ramai yang melihat transformasi Sam betul tak? Ini adalah untuk watak terbaharu dalam filem lakonannya di mana dia perlu menambah berat badan. Dia sangat komited dengan watak yang diberikan,” tulisnya.

Sementara itu, Zizie berkata dia juga yakin bahawa adiknya itu dapat menurunkan semula berat badan selepas selesai filem berkenaan.

“Saya yakin dia akan berjaya menurunkan berat badan selepas tamat penggambaran filem tersebut. Dedikasi yang ditunjukkan oleh Sam sangat mengagumkan,” tulisya.

×