Pelakon Fasha Sandha mengakui dia lebih mudah bergerak serta melakukan aktiviti harian selepas berjaya menurunkan berat badan yang kini mencecah 50 kilogram.
Memetik Oh Bulan, Fasha berkata dia juga kini boleh memakai baju anak perempuannya, Putri Rasyha Jemyma yang kini berusia sembilan tahun.
BACA: Fasha Sandha Menangis Fazura Mahu Cerai
Menurut Fasha, badannya sebelum ini pernah berisi dan suaminya, Aidil Aziz menerima dia seadanya, namun dia sendiri yang mahu menurunkan berat badan untuk kesihatan.
“Saya kuruskan badan sebab nak sihat, cantik nombor dua. Kalau badan besar, susah nak pakai baju, nak bergerak dan buat aktiviti.
“Walaupun saya pernah berbadan ‘chubby’, suami tak pernah complaint tetapi terima saya seadanya. Namun, diri saya sendiri yang timbul kesedaran nak kurus.
“Sekarang dah kurus, syukur alhamdulillah. Lebih selesa nak bergerak. Baju-baju lama dan baju anak saya pun dah muat nak pakai. Anak saya Jemyma umur sembilan tahun, tapi suka pakai baju oversize. Baju umur orang 14 tahun, jadi saya muat baju umur 14 tahun,” katanya.
Sementara itu, Fasha berkata dia kini sentiasa mengawal kuantiti makanan yang diambil namun mengamalkan ‘cheat day’ ada hari minggu sahaja.
“Berat semasa saya sekarang on and off, kadang-kadang 50kg, kadang 50.2kg. Balik hari dari Kelantan hari itu, naik 600gram sebab makan banyak.
“Saya akan kira dan timbang berapa banyak pengambilan makanan dan berat yang naik. Sebab saya sangat berusaha untuk kurus. Dulu selalu kena catu makanan dan timbang. Saya genetik berbadan besar, kalau makan lebih sikit memang naik cepat,” katanya.
SUMBER: Oh Bulan