Ira Kazar Syukur Ramai Tegur Makin Cantik, Dapat Tawaran Jadi Penyanyi

Pempengaruh media sosial Ira Kazar yang juga bekas isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof berkata dia kini bahagia menjalani kehidupan seperti biasa selepas sah bercerai.

Memetik mStar Online, Ira berkata dia kini ada melakukan beberapa review di media sosial serta mendapat tawaran untuk menjadi seorang penyanyi.

BACA: Syamsul Yusof Tuntut Ira Kazar Kembalikan Harta

“Ketika ini saya ada juga ambil ‘job’ sikit-sikit, pergi set penggambaran untuk modeling dan ambil reviu. 

“Tawaran berlakon tiada tapi tawaran untuk menyanyi itu adalah. Insya-Allah, mungkin (ada rezeki keluarkan single),” katanya.

Sementara itu, Ira hanya tersenum dan mengucapkan terima kasih apabila ditanya mengenai komen netizen yang memuji dirnya kini semakin cantik.

“Betulkah saya makin cantik? Saya tiada komen tentang itu. Cuma teirma kasih atas komen tersebut. Alhamdulillah,” katanya.

Terdahulu, Syamsul dan Ira sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor pada 5 September lalu selepas 21 bulan melayari bahtera rumah tangga.

SUMBER: mStar Online

×