Lana Nodin Dedah Suami Sering Diganggu Lelaki Songsang

Pelakon Lana Nodin mendedahkan suaminya sering diganggu lelaki songsang yang menghantar mesej berbaur godaan di media sosial.

Memetik Harian Metro, Lana berkata ada yang bertindak berani mengajak suaminya, Mohd Daud McKienzie meluangkan masa bersama di gimnasium.

BACA: Lana Nodin Bahagia Suami Kejut Subuh, Tak Tinggal Solat Jumaat

“Ramai yang cuba goda suami saya di media sosial bukan kaum perempuan tetapi golongan yang menyukai kaum sejenis. Sampaikan ada dalam kalangan mereka ini yang berani mengajak suami pergi gimnasium dan bersenam dengan mereka.

“Suami saya berasa pelik dengan perkara itu dan minta saya tolong jawabkan mesej yang diterimanya di media sosial,” katanya.

Sementara itu, Lana meluahkan rasa syukur dikurniakan suami yang baik dan bukan ‘kaki perempuan’ serta sentiasa dahulukan keluarga.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dikurniakan Allah suami yang baik selepas beberapa kali gagal dalam perhubungan.

“Suami saya bukan ‘mata keranjang’ dan dia juga tidak suka pada perempuan yang berpakaian terlalu terdedah. Malah, suami juga sentiasa mendahulukan isteri dan anak-anak dalam apa juga keadaan,” katanya.

SUMBER: Harian Metro

×