Hari ini industri hiburan dikejutkan dengan berita pelakon Fazura memfailkan penceraian terhadap suaminya, Fattah Amin sekaligus mengejutkan ramai pihak serta peminat pasangan itu.
Susulan berita berkenaan, akaun media sosial Fattah diserang netizen dan peminat yang tertanya-tanya punca Fazua memfailkan cerai terhadap aktor itu.
BACA: Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin
Diruangan komen ada yang kecewa dengan Fattah serta netizen tertanya-tanya apa yang aktor itu lakukan sehingga isterinya memfailkan cerai terhadapnya.
Hari ini, Fazura dilapor memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.