SERDANG, 9 SEPTEMBER 2024 – Agrobank melancarkan Kempen AgroMAHA: Menang Motosikal Setiap Hari berserta Kad Takaful Kasih Plus Edisi Istimewa, sempena pameran pertanian berprestij MAHA 2024.
Pelancaran ini bakal dirasmikan oleh YB Datuk Seri Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, dalam Majlis Media Tour MAHA 2024.
Kempen AgroMAHA menawarkan lebih 50 hadiah menarik termasuk 12 buah motosikal sebagai hadiah utama, selain gajet-gajet seperti tablet, telefon bimbit, jam tangan pintar dan headphone tanpa wayar. Pelanggan Agrobank berpeluang memenangi hadiah setiap hari sepanjang MAHA 2024 berlangsung.
Bagi menyertai kempen ini, pelanggan-pelanggan baharu atau sedia ada Agrobank hanya perlu menyimpan atau melanggan produk-produk terpilih seperti AgroPrimaS, FRIA-i / FRIA-i 45 Plus, Takaful Kasih Plus, Agro Nurani, Agro Madani, Agro Takaful Flexi, Agro Takaful Aspirasi serta Pembiayaan Peribadi AgroCash-i yang menawarkan kelulusan segera.
Menurut Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin,”Kempen eksklusif AgroMAHA ini diadakan sempena pameran pertanian terbesar MAHA 2024, bertujuan menggalakkan para pelanggan untuk membina kestabilan kewangan melalui amalan menabung, demi menjamin masa depan yang lebih cerah.”
Pada majlis yang sama, Agrobank turut melancarkan Kad Takaful Kasih Plus Edisi MAHA 2024 yang menawarkan perlindungan dengan manfaat tambahan kepada pelanggan dengan harga yang sangat
berpatutan. Kad ini boleh didapati dengan harga serendah RM54 bagi pelan TKP3, pelan ini menawarkan perlindungan yang memenuhi keperluan kesihatan dan keselamatan diri.
Tambahan, Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin turut menyatakan, Istimewanya “Kad Takaful Kasih Plus Edisi MAHA 2024 dengan harga yang berpatutan dan mampu milik, para pelanggan dapat menikmati perlindungan yang komprehensif beserta manfaat tambahan termasuk kecederaan akibat ragut dan caj ambulans. Kelayakan manfaat tambahan ini terbuka kepada pelanggan yang daftar bermula 26 Ogos sehingga 30 September dan ianya terpakai pada pernyertaan TKP 3, TKP 4, TKP5 dan TKP6.”
Selain itu, Agrobank turut menawarkan ganjaran istimewa wang tunai bernilai RM20,000 kepada pelanggan yang menggunakan kemudahan DuitNow QR Agrobank semasa membuat pembayaran di MAHA. Penyertaan ini adalah melalui pengumpulan mata dengan perbelanjaan minimum RM20 dalam satu transaksi. Usaha inu bertujuan menggalakkan pengunjung menggunakan DuitNow sebagai kaedah pembayaran utama.
Agrobank turut menganjurkan pelbagai aktiviti menarik seperti AgroFit, Agro Youth, dan aktiviti-aktiviti khas untuk kanak-kanak. Pengembaraan MAHA 2024 bersama Agrobank merupakan salah satu aktiviti yang sesuai untuk ahli keluarga meluangkan masa bersama-sama dan menikmati pengalaman yang menyeronokkan sepanjang MAHA 2024. 30 Pelanggan pertama yang berjaya melengkapkan kembara AgroMAHA 2024 bersama Agrobank juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik.
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Kempen AgroMAHA Menang Motosikal Setiap Hari dan langgan Kad Takaful Kasih Plus Edisi MAHA 2024. Untuk maklumat lanjut, layari www.agrobank.com.my atau kunjungi cawangan Agrobank terdekat.
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Kempen AgroMAHA Menang Motosikal Setiap Hari dan langgan Kad Takaful Kasih Plus Edisi MAHA 2024.
Untuk sebarang maklumat lanjut boleh layari www.agrobank.com.my atau kunjungi cawangan Agrobank berdekatan.