Pelakon Datin Intan Najuwa berkata dia tidak kisah jika ada orang menyamakannya dengan kekasih Popeye gara-gara memotong rambut pendek.
Menerusi satu sesi live, Intan berkata dia tidak ambil peduli dengan apa yang diperkatakan netizen terhadap imejnya asalkan hatinya bahagia dan dia tidak mengganggu sesiapa.
BACA: Ibu Intan Najuwa Pesan Bagi Bayi Dalam Kandungan Dengar Zikir, Jangan Asyik Fikir Shopping
@intanajuwa.fc Intan Najuwa || Fasa Hamil Yang Makan Tak Kenyang-Kenyang.. ? #foryoupageofficiall #fyp #intannajuwa #foryoupage #foryoupage
“Saya tak kisah macam girlfriend popeye ke, macam girlfriend shrek ke, macam girlfriend sesiapa pun tak kisah, yang penting saya gembira rambut panjang ke pendek. Saya tak guna duit anda untuk gunting rambut. Suami saya suka. Saya tak perlu minta kebenaran awak.
“Biarlah macam girlfriend popeye ke apa apasalkan saya bahagia. Hati saya tenang dan taka da hasad dengki. Yang penting bahagia hidup saya. Tak pernah kacau orang atau busuk hati dengan orang. Allah bagi ganjaran dekat saya supaya kekal tenang dan juga bahagia selalu,” katanya.
Sementara itu, pelakon berusia 27 tahun itu juga berharap orang ramai lebih beradab dalam memberikan teguran apatah lagi terhadap individu mereka tidak dikenali.
“Mungkin awak rasa benda tu tak kutuk tapi benda tu saya rasa macam sensitif sebab awak tak kenal saya, kena belajar lagi tentang adab macam mana nak approach orang yang tidak dikenali,” katanya.