Pelakon Amelia Henderson tampil menjelaskan bahawa hubungannya dengan Aazief Khalid yang juga anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza hanya sekadar kawan biasa.
Memetik Harian Metro, Amelia mengakui serba-salah apabila nama Aazief dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengannya sedangkan masing-masing kali pertama bertemu pada konsert Siti itu.
BACA: Amelia Henderson Tengok Konsert Dengan Anak Datuk K?
“Saya dan Izara Aishah (menantu Siti) memang berkawan baik. Jadi, dia mengajak saya untuk menonton konsert Siti di Genting Highlands.
“Sudah tentu saya bersetuju untuk menyaksikan persembahan seorang legenda. Namun pada hari itu saya ditemani adik lelaki dan seorang lagi rakan perniagaan,” katanya.
Menurut Amelia lagi, kebetulan pada konsert berkenaan dia duduk bersebelahan Azief dan dan wajah mereka dalam video yang dimuat naik oleh kakak ipar Aazief, Tya Ariffin.
“Saya kasihan kepada Aazief sebab dia lelaki yang baik. Tak sangka ada pula pihak buat spekulasi mengenai kami,” katanya.
Dalam pada itu, Amelia turut mengingatkan orang ramai agar tidak mudah membuat andaian tidak benar hanya dengan melihat satu situasi.
SUMBER: Harian Metro