Artis Wanita Kantoi Bersama Lelaki Berstatus Suami Orang Di Apartmen

Seorang bekas pembantu peribadi dikenali sebagai Hilmi mendedahkan ada seorang artis di bawah jagaannya sebelum ini pernah menjalin hubungan sulit dengan lelaki berstatus suami orang.

Menerusi perkongsian video di TikTok, Hilmi yang hanya mahu artis wanita terbabit dikenali sebagai ‘R’ berkata artis tersebut pernah ditangkap oleh isteri pertama skandalnya itu.

@kakicuriyt

Replying to @KakicuriYT PART 2 Artis kantoi curang #podcast #untoldstory #kisahbenar #ashhrappchannel

? original sound – KakicuriYT – KakicuriYT

“Perangai awal awal dia tak ada apa-apa, biasa je. Tapi lama-lama dia mula tunjuk perangai dia yang diva tu. Cuma itu masih saya boleh cover lagi. Tapi ada satu masa dia buat hal yang sangat besar iaitu ada skandal dengan suami orang sampai media dapat hidu.

“Ada sekali tu selepas shooting dia kata nak balik sendiri dan saya ikutkan sahaja. Namun lepas tiga jam dia mendesak saya datang ke sebuah apartmen. Rupa-rupanya dia dah kena kantoi dan kena serang dengan isteri pertama. 

“Nasib baik pada ketika itu, tak jadi kes besar melibatkan JAIS dan lain-lain jadi dia minta saya untuk slow talk dengan wanita berkenaan,” katanya.

Meskipun sudah slow talk, isteri pertama lelaki itu tetap mengeluarkan satu video sehingga ianya tular.

Susulan isu tersebut, Hilmi berkata dia meminta R untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga kes tersebut dah reda. Namun, R masih berhubung dengan lelaki berkenaan.

“Dia ni suka ikut kepala dia sendiri tapi saya dapat tahu dia masih contact lelaki tersebut sebab lelaki itu kaya dan mampu beri apa sahaja kepadanya. 

“Saya sampai tahap kena merayu-rayu dekat media untuk minta berita mengenai artis itu diturunkan untuk menjaga reputasi dia yang pada ketika itu sedang meningkat naik,” katanya.

×