“Media Sosial Punca Syamsul, Ira Kazar Bercerai”

Rumah tangga hanya bertahan selama 21 bulan, pengarah terkenal, Syamsul Yusof dan isterinya, Ira Kazar hari ini sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.

Memetik Harian Metro, peguam mewakili Syamsul iaitu Azmi Mohd Rais berkata mahkamah mendapati Ira melanggar taklik dengan memuat naik hantaran di media sosial sekaligus jatuh talak.

BACA: “Alhamdulillah Perbicaraan Dah selesai, Perasaan Saya ‘No Comment’”

Menurutnya lagi, Ira melanggar taklik sebanyak lima kali dan pertama kali adalah pada 14 Ogos lalu.

“Mahkamah mendapati Ira melanggar taklik. Taklik yang sekiranya dia memuatnaik sesuatu di media sosial, jatuh talak.

“Mahkamah sudah berpuas hati bahawa terdapatnya lafaz taklik dan mendapati Ira melanggar taklik itu dalam keadaan rela dan tanpa paksaan bermula 14 Ogos lalu.

“Ira sudah melanggar taklik sebanyak lima kali dan kali pertama pada 14 Ogos. Jadi, edah bermula dari tarikh itu.  Di Gombak Timur, tidak perlu diteruskan lagi. 

“Tapi, saya akan hadir pada 25 September untuk menarik balik dan Syamsul tak perlu hadir. Itu prosedurnya,” katanya.

SUMBER: Harian Metro

×