Penyanyi dangdut Baby Shima tampil mempersoalkan mengenai ‘surat terbuka’ oleh golongan pendakwah untuk Da’i Syed yang dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan kerana kesalahan merogol, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Instagram, Baby Shima menyelar menyelar sikap pendakwah selebriti yang seolah ‘pilih kasih’ dalam membuat teguran seperti yang sering diterima olehnya.
BACA: Terima Mesej Lucah, Baby Shima Dedah Lelaki ‘Gatal’
View this post on Instagram
“Kenapa tak ada surat terbuka buat mangsa rogol dan perogol? Kalau saya, bukan main buat ‘content’. Kena puak sendiri, pandai pula suruh netizen diam.
“Bila puak dia buat hal, semua senyap sunyi masuk dalam gua. Buat-buat tak nampak, tak ada surat terbuka, tak ada doa bala. Ada yang siap menjatuhkan hukum neraka terus kalau isu saya dan artis lain,” tulisnya.
Sementara itu, Shima berkata setiap kali hal artis pendakwah selebriti laju membuat konten’ serta mendakwa seolah untuk menaikkan ‘view’ semata-mata.
Jumaat lalu, Da’i Syed dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor kerana didakwa merogol seorang wanita berusia 23 tahun di sebuah kondominium lima tahun lalu.