“Geram, Lelaki Jenis Apa Begini” 

Perkongsian pelakon Abby Abadi di Thread menjadi perhatian apabila meluahkan rasa geram membaca kisah atau berita melibatkan pasangan suami isteri atau kekasih.

Menerusi perkongsian itu, Abby berkata dia geram membaca cerita lelaki yang bermacam perangai seperti curang, kaki pukul dan culas dari segi nafkah.

BACA: Abby Abadi Tak Tahu Marissa Bersalin Bayi Pra Matang, Belum Ada Khabar Berita

Kata Abby lagi, lebih tragis ada yang sampai sanggup membunuh. Sementara itu, Abby turut menitipkan pesanan kepada wanita diluar sana agar berhati-hati serta membuat pilihan tepat.

“Geram baca cerita lelaki-lelaki yang banyak perangai, jenis tak cukup satu, nafkah ke laut, curang, kaki pukul dan nak kahwin tetapi tidak fikir soal tanggungjawab.

“Lebih tragis, ada yang sampai membunuh anak isteri. Lelaki jenis apa begini? Perempuan tolong jaga diri dan buat pilihan tepat sebab ada ramai lagi lelaki baik. Jangan mudah cair dengan kata-kata dan sayangi diri anda,” tulisnya.

×