Yasin Sulaiman Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

Komposer dan penyanyi Yasin Sulaiman dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan 16 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan dadah dihadapinya, dua tahun lalu.

Memetik BH Online, Hakim Datuk Norsharidah Awang memutuskannya selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan pembebasan Yasin, 49, yang dibuat Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 29 November tahun lalu.

BACA: Yasin Sulaiman Sempat Cipta 13 Lagu Dalam Penjara

Yasin yang sebelum ini ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selama tempoh yang diperkenankan Sultan Selangor digari oleh pihak polis dan dibawa terus ke Penjara Kajang.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin dan Ahmad Zuhaini Mahamad Amin manakala peguam Ariff Azami Hussein mewakili Yasin.

SUMBER: BH Online

×