Kes Cerai Syamsul Yusof, Ira Kazar Selesa Depan

Perbicaraan kes perceraian yang difailkan pengarah filem sensasi, Syamsul Yusof terhadap isterinya Ira Kazar akan berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, Selasa depan.

Memetik Harian Metro, perkara itu dimaklumkan oleh peguam syarie mewakili Syamsul iaitu Azmi Rais.

BACA: “Saya Tak Tahu Syamsul Fail Cerai, Dah Bertahun Tak Berhubung”

“Ia membabitkan tuntutan perceraian dengan kebenaran mahkamah di bawah seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor (EUUKIS),” katanya.

Terdahulu, Syamsul sudah memfailkan perceraian terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada Isnin lalu.

Perkara itu disahkan oleh peguam mewakili Syamsul serta memberitahu pengarah itu memfailkan perceraian tersebut kerana mereka tidak lagi mempunyai persefahaman dalam perkahwinan.

SUMBER: Harian Metro

×