Selepas berdepan episod tidak jadi nikah tahun lalu, pelakon Syafiq Kyle seolah memberi bayangan hubungan cinta dengan aktres Mimi Lana kembali berputik.

Menerusi temu bual bersama stesen radio, penyampai radio Azad Jasmin bertanyakan kepada Syafiq bila aktor itu mahu menakluk hati Mimi Lana.

BACA: Mimi Lana, Syafiq Kyle Batal Nikah Bukan Sebab Masalah Peribadi

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ERA – Muzik Hit Terkini (@era.je)

“Takluk Lahad Datu, bila nak takluk hati Mimi Lana?” soal Azad.

Tidak berselindung, Syafiq berkata dia sudah menakluk hati Mimi Lana serta menunggu keizinan dipercayai dalam meneruskan hubungan mereka.

“Fuh, tertakluk kepada terma dan syarat. Saya dah takluk hati Mimi, tunggu nak lock, masa yang sesuai nak diizinkan. Insya-Allah, amin,” katanya.

Pendedahan Syafiq itu sekaligus mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut teruja serta mendoakan agar hubungan mereka kembali terjalin.

Terdahulu, peminat dikejutkan apabila majlis pernikahan pasangan tersebut yang sepatutnya berlangsung 18 Ogos tahun lalu dibatalkan dan perkara itu turut disahkan oleh pengurus Mimi.

×