Sheila Rusly Kongsi Momen Bakal Menantu Peluk Agama Islam

Perkongsian pelakon Sheila Rusly menjadi perhatian apabila memuat naik momen istimewa di Instagram miliknya mengenai kekasih anaknya memeluk agama Islam.

Menerusi video itu, Shiela sekeluarga dilihat menemani kekasih anaknya itu, Beatrice Chitra mengucap syahadah di sebuah masjid.

BACA: “Jaga Hati, Jaga Perut & Jaga ‘A*u’” – Sheila Rusly Kongsi Tips Bahagia Pada Menantu

Dapat dilihat Beatrice Chitra mengalirkan air mata sebaik saja mengucapkan dua kalimah syahadah dengan bimbingan seorang ustaz.

Anak Sheila iaitu Luth Mikhail juga turut menitiskan air mata sebaik saja kekasihnya itu selesai melafaz syahadah.

Perkongsian Sheila mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut meluahkan rasa syukur dan dipermudahkan urusan mereka sekeluarga.

×