Baru-baru ini perkongsian pempengaruh media sosial, Ameera Khan menjadi perhatian memaparkan dia sedang bercuti di Bali Indonesia dan tidak lokek berkongsikan gambarnya di sana.

Bagaimanapun, diruangan komen ada netizen mendakwa Ameera bercuti bersama pelakon kacak, Meerqeen yang kebetulan berada di sana.

BACA: Meerqeen Nafi Bercinta, Berkawan Dengan Ameera Khan Sejak Tingkatan 5

 

Menerusi perkongsian di Insta Story, Ameera seakan menafikan dakwaan tersebut serta memberitahu dia bercuti bersama sepupunya diiringi pengawal peribadi dan pemandu.

Turut menjadi perhatian, Ameera mendedahkan dia sudah pun mempunyai teman lelaki yang kini berada di London.

Jelas Ameera lagi, dia tidak perlu membuat sebarang penjelasan namun dakwaan yang bertebaran agak melampau.

×