Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan apabila ssahawan, Datuk Red yang mengesahkan sedang dalam fasa percintaan dengan bekas isterinya, Adira Suhaimi selepas sah bercerai pada April lalu.

Baru-baru ini tular video memaparkan kakak kepada Adira iaitu Emma Suhaimi dilihat membeli kek bagi menyambut ulang tahun percintaan penyanyi itu dengan bekas suaminya yang kini sudah mencapai tujuh hari.

BACA: Datuk Red, Adira Rancang Kahwin Aidilfitri Tahun Depan

@ayu_kekasih..themelvin

Bila orang tua bercinta,sweet? #fyp #abgred #datored #adirasuhaimi #adira #artist #abgredadira #beritatiktok

? original sound – thezaidizek – THEZAIDIZEK

Turut menjadi perhatian, tertulis pada kek berkenaan ‘Happy Anniversary 7 Tok & Ami’ (nama panggilan Adira).

Diruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan untuk kembali mendirikan rumah tangga. 

Sebelum ini, Datuk Red berkata dia sudah pun bertemu dengan keluarga Adira dan merancang untuk berkahwin dengan bekas isterinya itu pada Aidilfitri tahun depan.

SUMBER: Xtra

×