Pelawak Mamat Sepah meluahkan rasa syukur apabila dia dan isterinya, Nordiana Ibrahim tidak bersalah selepas tersabit dakwaan menyebarkan maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di aplikasi Telegram.

Menerusi perkongsian di Instagram, Mamat berkata telefon miliknya telah pun dipulangkan semalam selepas tiga minggu di hantar ke jabatan forensik Bukit Aman dan tiada bukti ditemui dalam telefon mereka.

BACA: “Ya, Memang Saya Yang Ditahan Reman”

“Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T dengan izinnya kes saya dan isteri Cik Nana yang diperkatakan pada tempoh hari telah di NFA (No Further action) tiada tindakan lanjut..ini membuktikan kami tiada kena mengena dgn artikel yg viral di talian telegram Edisi Siasat…” tulisnya.

Dalam pada itu, Mamat turut sempat berkongsi pengalaman selama tiga hari berada di dalam tahanan reman dia tidak akan lupakan serta menyatakan ianya satu kenangan terindah dalam hidup.

“3 hari saya di tahanan polis telah memberi sejuta kenangan yang begitu luas dalam hidup walaupun ikan jaket dan 3 keping biskut marie sntiasa menemani saya…

“Saat digari bersama isteri untuk pergi ke mahkamah adalah satu kenangan terindah dalam hidup saya yang mungkin hingga akhir hayat yang saya tak akan lupakan.

“Terima kasih kepada peguamcara saya, Fadhli Sutris dan Mohamad Zahid Ahmad yang memberikan komitmen yang terbaik sepanjang kami di reman… begitu juga bloodbrother saya yang namanya tak boleh disebut di sini yang menjadi tulang belakang,” tulisnya.

Pada awal Julai, Mamat dan isterinya ditahan bagi membantu siasatan atas dakwaan penyebaran maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di aplikasi Telegram.

Difahamkan, isterinya dibebaskan dua hari selepas ditahan manakala Mamat pada petang semalam iaitu Khamis.

×