Mas Khan Bertunang Dengan Pramugari, Nikah 25.5.2025

Tahniah diucapkan buat pelakon Mas Khan yang selamat melangsungkan pertunangan dengan wanita pilihan hati, Anatasha Dania pada Sabtu lalu.

Memetik mStar Online, Mas Khan berkata dia tidak sangka majlis mereka begitu meriah dan segala persiapan diuruskan oleh bakal isterinya yang merupakan seorang pramugari.

BACA: Mas Khan Bagi Rating 6 Per Sepuluh Untuk Filem Polis Evo 3

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mas Hidzhir Khan (@maskhan_)

“Saya pun tak sangka majlis kami meriah bagitu. Saya tak tahu berapa bajet sebab semuanya diuruskan Ana. Majlis pertunangan biasanya dilakukan pihak perempuan dan dia juga tidak meminta bantuan kewangan daripada saya. Dia uruskan majlis dengan baik dan sebab itu saya tahu Ana adalah pilihan tepat,” katanya.

Berkongsi mengenai perkenalan mereka, Mas Khan berkata dia mula mengenai Ana sejak lima bulan lalu dan tidak berkongsikan mengenai hubungan mereka selepas berlajar daripada pengalaman lalu.

“Daripada pengalaman hubungan lalu saya ambil pengajaran untuk tidak terlalu berkongsi. Takut nanti ada orang yang cuba ‘cucuk’ cakap bukan-bukan. 

“Ada saja akaun palsu yang bercakap perkara tidak benar atau bangkitkan kisah silam saya. Biarlah bercinta diam-diam supaya tiada orang kacau,” katanya.

Dalam pada itu, Mas Khan yakin Anatasha adalah wanita yang tepat serta menyifatkan tunangnya itu seorang yang pandai berdikari dan penyayang.

“Selepas putus tunang sebelum ini saya tak pernah buka ruang untuk kenal wanita lain. Kalau ada sekalipun saya letakkan batasan. Dengan dia saya terbuka hati. Kami mula kenal sebab dia guru yang mengajar saya kelas menyelam 5 bulan lalu. Kami banyak kongsi cerita dan masalah bersama. 

“Dia seorang yang penyayang dan berkerjaya. Anatasha seorang yang berdikari dan tidak terlalu bergantung harap pada lelaki,” katanya.

SUMBER: mStar Online

×