Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai pasangan pempengaruh media sosial, Alif Teega dan Aisyah Hijanah ditahan SPRM apabila didakwa terpalit dengan isu seleweng derma orang ramai.
Terbaru, tular hantaran di X mendedahkan sisi gelap Aisyah Hijanah sebagai majikan. Hantaran itu mendakwa setahun sekali dia akan memecat pekerja.
BACA: Alif & Aishah Direman, Shuib Mohon Serah Pihak Berkuasa Lakukan Siasatan
I believe that for every case of a toxic boss like AH that gets reported, hundreds more go unnoticed and unrecognised. Many victims don’t know how to respond and are told that “the boss is acting in the company’s best interest,” even if it means daily harassment.
Cukup-cukuplah! pic.twitter.com/kC6KkKpRXm
— MIMI ASMARA (@WVGIF) July 12, 2024
Malah, ada pekerja dikatakan menyimpan rakaman suara dimaki hamun namun tidak disebarkan kerana bimbang jika disaman majikan.
Turut dikongsikan komen didakwa bekas pereka grafik syarikat berkenaan yang tidak menggalakkan orang ramai memohon kerja di syarikat itu.
Individu itu juga turut mendakwa majikan juga kurang rada hormat terhadap pekerja dan akan mengutuk belakang tentang pekerjanya.
SUMBER: X