Suami kepada usahawan terkenal, Neelofa iaitu pendakwah selebriti, PU Riz menaruh impian anak keduanya, Abdullah Abbas bakal bergelar hafiz al-Quran apabila dewasa kelak.
Menerusi perkongsian di Instagram, PU Riz berkata kehadiran Abbas adalah hadiah tidak ternilai buat dirinya dan isteri.
BACA: “Kalau Isteri Bersalin, Tolonglah Masuk Tengok” – PU Riz
View this post on Instagram
“Sudah genaplah Usiamu Setahun..cepatnya masa Berlalu. Diwaktu dikau Dilahirkan, kegembiraan Abah Umi ditambah tanpa disedari. Senyuman Yang pernah adik ukirkan adalah Antara Hadiah dan kesyukuran kami pada Sang Pencipta.
“Abah doa agar Allah jaga adik. Jadikan Adik Hafiz Al Quran, Fakih dalam Agama selaras dengan nama Adik yang dipilih dari antara sahabat Nabi yang telah diredhai dirinya oleh Allah dan juga ahli keluarga Baginda,” tulisnya.
Dalam masa sama, PU Riz berkata kepada dia tidak mengharapkan wang ringgit sebaliknya berharap anaknya itu mendoakan mereka apabila telah tiada.
“Wang ringgit tidak pernah sekali abah harapkan cuma kalaulah Jodoh kehidupan kita tidaklah panjang seperti yang dijangka adik jangan lupa doakan Abah & Umi ya.
“Sekali lagi abah coretkan jauh dari sudut hati Abah, adik akan benar benar genggam kecelikan dalam agama dan bakal jadi insan yang soleh inn sha Allah,” tulisnya.