Ben Ladin Jadi Suami Usia 23 Tahun

Tahniah buat penyanyi Ben Ladin dikatakan sudah bergelar suami kepada wanita pilihan yang dikenali sebagai Shida.

Memetik Kosmo, berita gembira itu disahkan oleh wanita bernama Hamidah yang dipercayai ibu saudara kepada pengantin perempuan menerusi perkongsian di Facebook dua hari lalu.

@frzdzhlmi

Tq Ben Ladin! Support Fariz dan team kami (WanRiz.Picture) !!! So for those yang carik photographer around Kuching/Samarahan/Serian boleh roger okay! #photographerkuching #fypsarawak #weddingphotographerkuching #samarahan #kuching #fyp @BENLADIN?????

? original sound – Frzdzhlmi – Frzdzhlmi

Bagaimanapun, Hamidah tidak memperincikan tarikh sebenar anak saudaranya dengan Ben mendirikan rumah tangga.

“Persandingan anak buah dengan pasangannya Ben Ladin. Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah,” tulisnya.

Dalam pada itu, tular video memaparkan Ben mengenakan pakaian sut berwarna biru gelap bersama isterinya memakai gaun serba putih di TikTok.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut mendoakan buat pasangan pengantin serta mengucapkan tahniah.

SUMBER: Kosmo

×