Isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah menerima teguran daripada pengikutnya selepas menyamakan anak tirinya, Uwais Alqarni seperti orang asli.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Watie berkata dia tiada niat untuk menghina atau mempersendakan, malah dia sentiasa menjaga pertuturannya.
BACA: Watie Bingkai Duit Raya RM5,000 Dari Suami, Nak Jadikan Khazanah
“Mummy dapat banyak DM tegur Mummy berkenaan video Uwais tu Mummy sebut macam orang asli. Sejujurnya takde langsung niat mummy nak menghina atau memperlekehkan.
“Mummy rasa pengikut Mummy pun tahu selama ni Mummy sangat menjaga tutur bahasa Mummy. Walaupun yang mana kecam Mummy sebelum ni pun tak pernah Mummy marah atau berbalas,” tulisnya.
Sementara itu, Watie memohon maaf jika ada yang terasa serta menjelaskan dia menyamakan Uwais dengan orang zaman dahulu kerana penampilan anak tirinya itu yang tidak berbaju.
“Cumanya dalam video tu Uwais kan tak berbaju sebab tu Mummy samakan macam dalam gambaran seperti orang dahulu kala. Maaf kalau ada yang terasa. Tapi Insha Allah Mummy tahu niat Mummy dalam berbahasa,” tulisnya.