IQOS Bukan Vape! Jom Lihat Perbezaannya

Anda mesti dah banyak kali dengar soalan ini berulang kali – adakah IQOS vape? Walaupun kedua-dua pilihan adalah alternatif bebas asap untuk perokok dewasa, jawapannya adalah tidak, IQOS bukan vape. IQOS adalah sejenis produk bebas asap sebagai alternatif kepada rokok. Secara asasnya, ia nya adalah peranti pemanas tembakau yang direka untuk memanaskan tembakau tanpa membakar.

Sebagai pengguna, ia adalah sangat penting untuk memahami produk-produk ini agar anda boleh membuat keputusan yang termaklum tentang penggunaan tembakau. Bagaimanapun keputusan terbaik yang boleh dibuat oleh mana-mana perokok adalah berhenti menggunakan tembakau dan nikotin sepenuhnya!

Perbezaan IQOS & Vape

Apakah perbezaan antara IQOS dan Vape? Jom sama-sama kita lihat perbezaan penting ini!

1. Tembakau

IQOS memanaskan tembakau sebenar dan bukannya membakarnya, tidak seperti vape yang memanaskan e-cecair dan tidak mengandungi sebarang tembakau. Sebaliknya, vape menggunakan cecair vape yang terdapat dalam pelbagai perisa. Cecair vape datang dengan atau tanpa nikotin.

2. Teknologi

IQOS adalah sebahagian daripada kategori produk yang dipanggil tembakau yang dipanaskan. Ianya menggunakan Smartcore Induction System™ yang berfungsi untuk memanaskan tembakau dan bukannya membakarnya.

Anda mesti tertanya-tanya bagaimana peranti pemanas tembakau IQOS dan vape berfungsi? Jawapannya, IQOS berfungsi dengan memanaskan tembakau tanpa membakarnya. Untuk perbandingan, vape berfungsi dengan memanaskan e-cecair, atau cecair vape, untuk menghasilkan wap.

3. Pengalaman

IQOS menggunakan tembakau sebenar. Ia tidak menghasilkan abu, asap, dan bau asap rokok. Sebaliknya, vape menawarkan pelbagai perisa dalam bentuk e-cecair, tetapi ianya tidak menggunakan tembakau sebenar dan boleh didapati dengan atau tanpa nikotin.

4. Pelbagai produk

Pada masa ini terdapat beberapa peranti IQOS berbeza untuk dipilih. IQOS mempunyai versi pemegang dan pengecas yang berasingan, dan juga versi peranti yang disepadukan sebagai peranti all-in-one. Pilihan berbeza ini membolehkan pengguna dewasa IQOS memilih peranti yang paling sesuai dengan gaya hidup mereka. Banyak pilihan rekaan yang ada sekarang ni. Warna pun macam-macam ada. Serius lawa giler! Memang sesuai kalau anda nak gayakan!

Tak percaya? Nah ini antara peranti yang anda boleh pilih.

1. IQOS ILUMA PRIME

Peranti Heat-not-Burn yang paling canggih. Reka bentuk yang intuitif, mudah dan konsisten.

2. IQOS ILUMA

IQOS ILUMA adalah paling sesuai, jika anda sedang mencari reka bentuk ergonomik dengan pengalaman yang bersih. Warna pun pelbagai!

3. IQOS ILUMA ONE

Reka bentuk all-in-one bersaiz poket. Sesuai semasa dalam perjalanan.

4. lil SOLID Ez

Peranti yang mudah digunakan, tersedia dalam pelbagai warna.

Kalau anda nak tahu, IQOS menawarkan rangkaian peranti pemanas tembakau, direka untuk memanaskan tanpa membakar. IQOS ILUMA dengan teknologi Smartcore Induction System™ membawa peranti pemanas tembakau ke peringkat seterusnya dengan memanaskan tembakau dari dalam untuk pengalaman yang lebih baik, bersih dan konsisten!

Terokai IQOS di sini jika anda seorang perokok dewasa yang mencari alternatif bebas asap. Amacam? Pilihan di tangan anda!

MAKLUMAT PENTING: Produk-produk ini bukan bebas risiko dan memberikan nikotin yang menyebabkan ketagihan. Hanya untuk kegunaan orang dewasa yang masih ingin terus merokok atau menggunakan produk nikotin yang lain.

×