Shuhada Dedah Mesej Lucah Bekas Suami Dengan Penyondol?

Awal pagi tadi, perkongsian bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada mengejutkan ramai apabila mendedahkan mesej lucah antara bekas suaminya itu dengan penyondol sebelum mereka sah bercerai.

Menerusi entri itu, Shuhada mendakwa mesej bertarikh 20 Januari 2023 itu dikirim sendiri oleh penyondol tersebut kepadanya.

BACA: “Jangan Asyik Berseronok Je” – Shuhada Berang Hafidz Roshdi Liat Bayar Nafkah Anak

“Disclaimer: ini conversation antara pelakor dan BEKAS SISA SAYA, untuk pengetahuan, chat ini di beri oleh pelakor sendiri sebab nak buktikan yang dia mampu untuk memuaskan si polan,” tulisnya.

Menurut Shuhada, sudah 18 bulan dia bersabar namun pihak sebelah sana yang memulakan dahulu ‘perang’ berkenaan.

Kata Shuhada lagi, mesej diterimanya itu juga menjadi salah satu punca dia meminta cerai daripada pelakon berkenaan.

Sementara itu, menerusi perkongsian di Insta Story, Shuhada berkata ada aib besar yang dipegangnya selama ini serta turut bertanyakan sama ada mahu selesaikan di mahkamah atau pun antara mereka. 

×