Baru-baru ini perkongsian penyanyi Amir Jahari di platform X menjadi perhatian apabila meminta orang ramai untuk berhenti idolakan seseorang termasuk selebriti.
Malah, menerusi entri itu Amir turut memberi pesanan buat peminatnya untuk berhenti mengidolakan dirinya serta berharap orang ramai tidak menganggungkan manusia membuta tuli.
BACA: Amir Jahari Beli Kereta Pertama Demi Keselesaan Anak-Anak
“Kepada mereka yang mengidolakan saya. Berhenti. Jangan idolakan dan mengagungkan manusia membuta tulis. Idolakanlah yang selayaknya. Rasullah S.A.W,” tulisnya.
Bagaimanapun, perkongsian Amir itu diserang oleh segelintir netizen yang mengatakan penyanyi itu ‘perasan’ selepas menang Anugerah Juara Lagu sebelum ini. Malah, ada yang bertanyakan siapa Amir Jahari dan tidak mengenali dengan penyanyi itu.