Mondy Tatto Sarat Mengandung 8 Bulan, Hamil Tanpa Suami

Lama rasanya tak dengar cerita mengenai pempengaruh media sosial Indonesia, Mondy Tattoo, baru-baru ini wanita itu mengejutkan ramai apabila kini sedang sarat hamil lapan bulan.

Menerusi perkongsian di TikTok, Mondy turut mendedahkan bahawa dirinya hamil tanpa suami serta memuat naik video memaparkan dirinya sedang mengucap perutnya yang makin membesar.

BACA: Caprice Upah Bodyguard Jaga Mondy Di Malaysia

Sementara itu, dalam perkongsian lain Mondy turut mengatakan lelaki yang menghamilkannya sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak layak bergelar bapa.

“Harus kuat ya Mon. Hamil tanpa suami, lelaki yang tidak bertanggungjawab tidak pantas untuk dipanggil ayah,” katanya.

Perkongsian Mondy itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut bersimpati, malah ada yang mempersoalkan status anak tersebut.

Terdahulu, nama Mondy menjadi bualan selepas menerima bantuan daripada seorang pendakwah yang menyelamatkannya daripada hidup di jalanan.

SUMBER: mStar Online

×