Bukan saja memiliki rupa paras yang cantik, pelakon Erysha Emyra juga merupakan pelajar cemerlang SPM apabila berjaya meraih 9A dalam peperiksaan tersebut pada tahun 2016.
Memetik mStar Online, Erysha berkata dia terpaksa menangguhkan hasrat untuk melanjutkan pengajian ke universiti selepas mula terlibat dalam lakonan kerana merasakan ada tanggungjawab perlu dilaksanakan.
BACA: Erysha Emyra Akui Sedang Kenal Hati Budi Hun Haqeem
“Jujur saya katakan sekarang ini untuk sambung belajar saya tangguh dulu. Apabila sudah bekerja kita ada tanggungjawab yang perlu saya laksanakan. Jadi rasanya sekarang ini biarlah saya bekerja dahulu,” katanya.
Sementara itu, Erysha berkata dia tidak pernah memandang remeh ilmu dan pendidikan meskipun menangguhkan menyambung pelajaran kerana masih ada peluang untuk menimba ilmu.
Dalam pada itu, pelakon berusia 25 tahun itu juga tidak setuju apabila ada segelintir anak muda yang membuat konten menayang keputusan gagal serta berfikiran gagal dalam SPM adalah perkara biasa.
“Pada peringkat mana sekalipun pendidikan adalah penting. Tak elok nak galakkan orang dengan content sebegitu.
“Dalam lakonan pun saya cuba untuk mengikuti kelas untuk perbaiki hasil kerja saya. Saya takut untuk rasa terlalu selesa,” katanya.
SUMBER: mStar Online