Tidak dinafikan ramai anak muda sekarang seolah mengambil remeh mengenai soal pelajaran kerana mahu menjadi pempengaruh media sosial. Malah, lebih mengejutkan ada yang menolak sambung belajar untuk menjadi influencer.

Perkara itu, turut mendapat perhatian anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B yang memberikan pendapatnya mengenai perkara itu.

BACA: Cik B Beli Kereta Mewah RM1.7 Juta, Nombor Plat CB111 Sempena Hari Jadi

Cik B menegaskan pelajaran sangat penting kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan dan tidak semua boleh menjadi pempengaruh.

“Bukan semua orang boleh jadi pempengaruh jadi belajar! Kalau nak jadi pempengaruh pun jangan lupa belajar! Sebab kita tak tahu masa depan kita nanti!” katanya.

Sebelum ini hangat diperkatakan golongan yang menormalisasikan gagal dalam keputusan SPM. Malah, seramai 10,160 calon tidak hadir menduduki peperiksaan SPM tahun lalu sekaligus mencatat rekod lebih tinggi berbanding daripada tahun sebelumnya.

×