Pelakon Meerqeen akhirnya bersuara susulan namanya tersenarai dalam gerakan Blockout2024 apabila didakwa bekerjasama dengan jenama yang diboikot.
Memetik Media Hiburan, Meerqeen berkata dia turut terkesan dengan apa berlaku di P4lestin serta ada memberi sumbangan kepada penduduk disana namun baginya tidak perlu diuar-uarkan kepada umum.
BACA: Meerqeen Tolak Babak Soft P*rn, Jaga Nama Baik Keluarga
“Mungkin siapa yang tidak mengikuti saya di media sosial, tidak tahu apa saya buat selama ini. Saya tetap menyokong Palestin dan beri sumbangan kepada penduduk di sana.
“Buat apa saya hendak menunjuk perkara itu kepada umum. Apa pun, saya rasa pengikut saya tahu apa pegangan saya berkenaan dengan isu ini,” katanya.
Menurut Meerqeen lagi, dia percaya dia percaya tiada siapa yangmenyokong kekejaman zionis dan memohon maaf seandainya ada mengguris hati sesetengah pihak sebelum ini..
“Saya juga minta maaf jika sebelum ini ada membuatkan orang tertanya-tanya kenapa saya tidak menyatakan sokongan (terhadap Palestin). Sebenarnya kalau ada yang perasan, saya mula bersuara berkenaan Palestin di Twitter (kini X) sejak tahun 2022.
“Di sebalik saya berkongsi mengenai hal kerjaya, saya memang ada berkongsi, beri kesedaran tentang perkara tersebut,” katanya.
Dalam pada itu, mengulas mengenai kontrak dengan jenama yang diboikot, Meerqeen berkata perkara itu masih dalam perbincangan bersama pihak pengurusan.
“Kontrak masih dalam perbincangan dengan pihak pengurusan kerana ada beberapa kontrak yang saya masih tengok lagi. Saya fokus kerja dan tak mahu ada perkara lain mengacau prestasi saya,” katanya.
SUMBER: Media Hiburan