Pelakon Amyra Rosli berkata sepanjang tujuh tahun mendirikan rumah tangaa dengan Amar Baharin dia tidak pernah memeriksa telefon suaminya serta tahu tahu kata laluan telefon Amar.
Memetik Harian Metro, Amyra berkata dia menghormati privasy suaminya itu serta tidak mahu tidak isu tidak sepatutnya kerana sebagai isteri dia mempunyai tangungjawab besar.
BACA: “Saya Sayang Suami Kerana Allah” – Amyra Rosli
“Saya malas nak ‘check’ telefon suami kerana tidak mahu timbul isu yang tidak sepatutnya nanti. Sebagai isteri, saya juga ada tanggung jawab besar untuk menjaga anak-anak dan rumah tangga,” katanya.
Ditanya mengenai isu rumah tangga selebriti berdepan kemelut ketika ini, Amyra berkata dia menjadikan apa yang berlaku itu sebagai pengajaran dan dia juga berusaha untuk menjaga rumah tangganya.
“Hidup kita singkat dan saya tidak mahu pening kepala untuk memikirkan masalah rumah tangga orang lain. Sebagai manusia, kalau kita halang macam mana pun (isu rumah tangga) kalau benda tu nak jadi, ia akan tetap terjadi juga.
“Saya sendiri berusaha untuk menjaga rumah tangga dengan sehabis baik dan selebihnya kita berdoa dan mohon pertolongan dengan Allah,” katanya.
Dalam pada itu, apabila ditanya mengenai isu penyondol, Amyra berkata dia akan menyalahkan pihak lelaki jika ianya berlaku kerana mereka melayan ‘penyondol’.
“Saya tidak salahkan penyondol (wanita) kerana perkara itu tidak akan berlaku jika lelaki (suami) tidak melayan. Kita juga tidak kenal dengan penyondol itu kerana dia orang luar, jadi pihak lelaki yang perlu dipersalahkan,” katanya.
SUMBER: Harian Metro