Pelakon Aeril Zafrel berkata kecantikan isterinya yang sempurna di matanya dan dia tidak pernah terdetik untuk membuka ruang kepada wanita lain.

Memetik Kosmo, Aeril berkata dia bersyukur memiliki teman hidup seistimewa Wawa Zainal yang disifatkan sempurna baginya dan tidak mungkin dia akan gadaikan kebahagiaan dimilikinya itu.

BACA: “Tak Payah Alasan Nak Cari Keserasian” – Wawa Zainal Beri Amaran Kepada Aeril Zafrel

“Saya beruntung sebab punya isteri secantik Wawa bukan sahaja suri sempurna, bahkan menjadi ibu berkerjaya yang mampu mendidik anak-anak biar sesibuk mana pun dengan kerja.

“Ketenangan dan kebahagiaan yang kami miliki ini tidak mungkin saya gadaikan hanya disebabkan keseronokan sementara. Memang tak pernah terniat curang. Kalau ada bisikkan, saya cepat-cepat ingat isteri dan anak-anak,” katanya.

Rumah tangga sudah menginjak 12 tahun, Aeril berkata tidak mungkin dia melupakan pengorbanan isterinya itu serta dia percaya terhadap kifarah jika melakukan sesuatu.

“Wawa setia dengan saya selama ini dan sudah tentu saya selalu ingatkan diri supaya jangan buat hal, nanti kena kifarah.

“Kalau sekali terkhilaf, memang susah dapatkan kepercayaan kembali, belum lagi dapat kifarah. Jadi elakkan ‘nakal’,” katanya.

SUMBER: Kosmo

×