Fouziah Gous Syukur Khatam Al-Quran Jumaat Terakhir Ramadan Di Tanah Suci

Pelakon dan usahawan, Fouziah Gous meluahkan rasa syukur selepas berjaya khatam Al-Quran sempena bulan Ramadan di Tanah Suci. 

Menerusi perkongsian di Instagram, Fouziah memaklumkan Al-Quran yang digunakan adalah hadiah daripada insan istimewa yang baru pulang dari Mekah pada Januari lalu.

BACA: Fouziah Gous Bukan Jenis Isteri Penyibuk, Takkan Periksa Telefon Suami

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fouziah Gous (@fouziahgous)

“Hadiah al-Quran dari Tok Sayang (Naziah Sharudin) yang balik dari Mekah Januari lepas.  Alhamdulillah, dengan izin Allah selesai khatam di Ramadhan,” tulisnya.

Sementara itu, Fouziah turut mengucapkan terima kasih di atas pemberian Al-Quran berkenaan

“Terima kasih Tok semoga segala kebaikkan Allah berikan pada Tok. Terima kasih, Ya Allah. Khatam Ramadan dengan izin Allah SWT,” tulisnya.

SUMBER: Xtra

×