Pelakon Datin Intan Najuwa berkata selepas berkahwin dengan suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman dia berjinak-jinak dalam sukan berkuda.
Memetik Kosmo, Intan berkata pada awalnya dia hanya menemani suaminya dan dalam masa sama aktiviti tersebut dapat menyihatkan badan.
BACA: Pakaikan Kuda Barang Jenama Hermes, Intan Najuwa Dituduh Riak?
“Alhamdulillah saya aktif berkuda sejak berkahwin. Sebenarnya suami saya lebih aktif, kadang-kadang saya akan sertai sekali kalau rasa bosan.
“Hendak kata aktif, okeylah seminggu dua tiga kali. Boleh keluarkan peluh dan menghargai hadiah kuda yang diberikan suami,” katanya.
Sementara itu, Intan berkata dia sudah memiliki lima ekor kuda dan aktiviti tersebut dapat mengeratkan hubungan mereka suami isteri.
“Sekarang saya sudah ada lima ekor kuda. Semua kuda itu ada pasport sendiri. Pada awalnya sebagai hobi tetapi lama-kelamaan menjadi minat dan dapat luangkan masa bersama suami.
“Aktiviti ini juga bagus untuk kesihatan mental dan hubungan suami isteri termasuk merapatkan kami, bangun pagi, pergi sarapan kemudian lakukan sukan berkuda ini bersama,” katanya.