Belajar di menara gading tidak hanya semata-mata fokus kepada pembelajaran meskipun itu tujuan utamanya. Selain belajar, penuntut unvirsiti juga terdedah dengan pelbagai peluang yang berharga sehingga menjadi kenangan termanis. Antaranya mereka ini dapat berjumpa dengan pakar-pakar industri! Bukan senang dapat peluang seperti ini. 

Kalau anda semua nak tahu, program Reimagining The Future daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) baru sahaja melabuhkan tirainya pada 20 Januari yang lalu. Program ini merupakan inisiatif di bawah kempen Better Energy TNB bersempena dengan ulang tahun ke-75 TNB pada tahun ini.

Program ini disertai oleh pelajar dari Universiti INTI, Institut Seni Malaysia (MIA), MMU, Universiti UCSI, UM, UiTM, UNITEN dan UTAR.

Dengan kerjasama Malaysia Energy Literacy Program (MELP) yang memberi tumpuan kepada Tenaga Lestari, ini dapat menggalakkan lagi kesedaran mengenai sumber tenaga kepada masyarakat dan bumi. Ia sekaligus memberi harapan agar dapat memupuk masyarakat yang lebih peka terhadap tenaga yang menyumbang kepada kelestarian industri tenaga negara.

Setiap universiti menghantar 2 kumpulan yang mana setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang ahli; menjadikan 16 kumpulan terlibat sama bagi menjayakan kempen ini.

Lengkap Dengan Semua Informasi 

Sesi perkongsian dan perbincangan diantara pelajar dengan pakar dari TNB iaitu Eng Oi Wei, Aisha Daniyal dan Dr Noor Miza ini sangat memberangsangkan di mana para pelajar dapat lebih memahami tentang Peralihan Tenaga.

Peserta juga melakukan aktiviti berkumpulan bersama dan mendapatkan panduan serta nasihat daripada kesemua pakar ini yang akan membantu mereka menghasilkan karya reka cipta nanti.

Selain itu, pakar lain yang terlibat dalam program ini adalah Melissa Tan, William Koong, Tasha Sabapathy, Jun Ong, dan Aishah Mokhtar. Di sini juga peserta dibantu dari segi informasi sebelum mencipta pemasangan bahan pameran yang diperbuat daripada bahan kitar semula.

Tidak terhad di situ, sesi bengkel juga dikembangkan lagi kepada beberapa topik yang lebih terperinci seperti isu tenaga, teknik penceritaan menerusi karya hasil seni, asas binaan dan lain-lain. Tak senang nak bina sesuatu, ilmu di dada harus sentiasa penuh. Barulah bahan binaan menjadi dan kukuh.

Bukan itu sahaja, para peserta dan pensyarah juga turut berpeluang melawat beberapa lokasi di TNB Platinum. Antaranya, Galeri Tenaga, pengecas TNB Electron dan kenderaan elektrik yang digunakan TNB.

Untuk pengetahuan semua, setiap hasil karya pelajar akan dipaparkan di Galeri Tenaga ini. Best kan? Tambahan pula peserta dan pensyarah yang menyertai program ini sangat beruntung kerana diberi ruang bagi pelajar berinteraksi dengan warga kerja TNB yang bertugas untuk mengenali lebih mendalam tentang kemajuan kenderaan elektrik.

 

 

Pemenang Akan Mendapat Sijil Digital

Selepas menghadiri sesi bengkel yang diadakan, pada hari terakhir peserta akan membawa hasil seni mereka ke Pusat Konvensyen Leo Moggie, TNB Platinum untuk dihakimi. 

Seramai tiga pemenang teratas dipilih dan memenangi hadiah wang tunai serta sijil penghargaan digital.

Ketahui lebih banyak maklumat mengenai pemenang dan TNB di Instagram TNB dan TikTok TNB.

 








×