Hantar Anak Sekolah Kerajaan, Rita Rudaini Bengang Dituduh Ambil Hak B40

Pelakon Rita Rudaini berang apabila dituduh cuba mengambil hak golongan kurang berkemampuan dengan menghantar anaknya ke sekolah kebangsaan ditanggung kerajaan.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Rita berkata tuduhan tersebut dibuat oleh seorang individu bergelar guru. 

BACA: Rita Rudaini Syukur Tak Pernah Kena Covid-19 Sehingga Kini

“Macam inilah nasib dari sekolah swasta ke sekolah biasa. Kena fitnah ambil kuota B40 pula. Yang fitnah pula cikgu. Tak layak digelar pendidik, jijik sangat perangai.

“Mentaliti jijik golongan ni asal T20 masuk situ, dituduh ambil hak B40, di tuduh cable…Awat? Anak-anak T20 ni semua bodoh-bodoh ka? Ini memang jenis tak percaya dengan rezeki Allah. Buanglah mentaliti kolot lagi jijik tu,” tulisnya.

Sementara itu, Rita berkata dia tidak pernah membezakan tempat dalam mencari ilmu kerana baginya semua manusia adalah sama. Tambahnya lagi, biar miskin harta namun jangan miskin dari segi adab.

“Sis tak kacau orang…sis tak memilih tempat cari ilmu….sis tak kisah campor dengan golongan B40. Semua kita manusia, sama…bagi sis, biar miskin harta tapi jangan miskin ADAB!  Jangan lah tunjuk sangat true color tempat u olls…nak jadi cikgu ke nak jadi nurtizen?,” soalnya.

×