Selebriti terkenal, Neelofa berkongsikan perkembangan anak sulungnya Muhammad Bilal yang hampir berusia dua tahun.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Neelofa berkata Bilal kini sudah mengenal huruf-huruf Arab, boleh mengira serta kenal ABC.
BACA: Berkat Taat Pada Suami, Rezeki Neelofa Melimpah
Lebih mengagumkan, Bilal juga sudah boleh membaca Al-Fatihah serta beberapa sudah pendek pada usia setahun 10 bulan.
“Sebagai ibu, saya tidak tahu nak cakap bangga macam mana apabila Bilal boleh sebut satu-satu huruf hijaiyah (huruf Arab).
“Kandungan memang saya ambil dan pilih untuk dia tengok. Semasa setahun 10 bulan, Masya-Allah dia boleh kira satu hingga 20, boleh kenal huruf kecil dan besar ABC, al-Fatihah, selawat dan alif ba ta serta surah-surah pendek,” tulisnya.
Dalam pada itu, Neelofa berkata segala penat lelah terbayar apabila melihat perkembangan anaknya itu lebih-lebih lagi mengawal konten yang ditonton oleh anak-anak.
“Tujuan di sini, memang penat mak ayah mahu kawal semua benda tetapi bab ‘screen-time’ dan kandungan apa mereka tengok rasa berbaloi untuk kawal walaupun penat. Semoga anak-anak kita sentiasa dalam jagaan, lindungan dan pengawasan Allah SWT,” tulisnya.