Majlis Resepsi Kelima Imran Aqil & Dahlia Rizal, Rosmah Mansor Pun Hadir

Pelakon Imran Aqil dan isterinya yang juga pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal menjadi perhatian ramai apabila mengadakan majlis resepsi kelima semalam.

Menerusi perkongsian di isntagram, Imran berkata ianya adalah majlis resepsi terakhir sebelah ibunya yang diadakan di Royale Chulan, Damansara bertemakan tema klasik itu.

BACA: Suami Lupa Basuh Pinggan, Dahlia Rizal Merajuk Tidur Luar

Namun, apa yang lebih menjadi perhatian apabila isteri kepada isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak iaitu Datin Seri Rosmah Mansor turut hadir di majlis berkenaan.

Menerusi gambar tersebut, Rosmah tidak hadir seorang diri sebaliknya ditemani anak perempuannya, Nooryana Najwa.

Sementara itu, di ruangan komen Instagram @faridismproduction, ada netizen mengatakan keluarga pasangan itu bukan ‘biasa-biasa’ kerana menjemput Rosmah Mansor.

Untuk rekod, Imran dan Dahlia sah bergelar suami isteri pada 10 September lalu.

×