Rita Rudaini Syukur Tak Pernah Kena Covid-19 Sehingga Kini

Pelakon Rita Rudaini bersyukur dirinya masih lagi bebas daripada wabak Covid-19 sejak ianya menular negara tiga tahun lalu. 

Menerusi perkongsian di Insta Story, Rita berkata dia juga tidak pernah mengalami demam meskipun sudah berkali-kali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

BACA: Tangan Anak Patah, Rita Rudaini Minta Netizen Henti Petik Nama Si Polan

Menurut Rita lagi, jika ingin tahu apa yang diamalkan olehnya boleh melihat perkongsiannya ketika zaman wabak tersebut sehingga dia dikecam teruk oleh satu Malaysia.

Sementara itu, Rita turut memuat naik laporan berita memaparkan mengenai arahan dos penggalak akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Rita turut mempersoalkan vaksin sebelum ini dikatakan boleh melindungi namun ramai yang mengambil tetap diserang virus berkenaan.

Terdahulu, Rita ada memuat naik satu perkongsikan mengatakan banyak cara lain mengelak dijangkiti virus tersebut seperti mengamalkan suplemen serta air rebusan cengkih.

×