Nadia Annuar Mahu Lelaki Manja Tapi Bukan Suami Orang

Personaliti televisyen, Nadia Annuar mengakui trauma untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat apatah lagi selepas dua kali gagal dalam rumah tangga.

Memetik Utusan, Nadia mendedahkan ada lelaki yang cuba mendekati dan mahu berkenalan namun ramai daripada mereka suami orang.

BACA: Dua Kali Menjanda, Nadia Annuar Serik Nak Kahwin

Menurut Nadia lagi, dia berdoa agar dijauhkan daripada mendekati suami orang kerana tidak mahu menyakiti hati wanita lain.

“Bukan tak ada yang cuba berkenalan tetapi ramai suami orang. Buat masa ini, saya trauma untuk berkahwin lagi. Ada juga yang mendekati, tetapi itulah bukan sekarang. Tetapi suami orang tidak sama sekali.

“Tak guna pun saya menyakiti hati wanita lain kerna seorang lelaki. Biarlah saya mencari yang bujang. Muda pun tak apa, asalkan bukan suami orang,” katanya.

Ditanya mengenai ciri-ciri lelaki idamannya, Nadia berkata dia mahukan lelaki yang manja dan memberi perhatian kepadanya.

Tambahnya lagi, dia tidak menolak lelaki muda namun berharap  lelaki tersebut sekufu dari segi pemikiran dan boleh jadi teman berbual.

“Muda? Tak ada masalah. Kalau setakat beza lima tahun muda, saya rasa okay sahaja. Tetapi biarlah matang dan sekufu dari segi pemikiran. Tak nak bila berborak, saya seorang sahaja mengemudi perbualan. Dia diam tak tahu apa-apa, bosanlah macam itu,” katanya.

×