“Untuk Tahun Depan Saya Akan Lebih Banyak Berdoa & Kurang Bercakap”

Umum mengetahui, tahun ini hangat diperkatakan mengenai kontroversi rumah tangga pelakon Puteri Sarah dan pengarah sensasi, Syamsul Yusof yang akhirnya terlerai pada Ogos lalu.

Melihatkan Puteri Sarah kini, pelakon tersebut dilihat bahagia meneruskan kehidupannya sebagai ibu tunggal bersama dua anaknya. Difahamkan, Puteri Sarah kini berada di Tanah Suci Mekah bagi mengerjakan ibadah umrah.

BACA: Puteri Sarah Tunai Umrah Seorang Diri, Ibu Syamsul Titip Pesanan

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Puteri Sarah memuat naik videonya sedang berjalan di Mekah serta menitipkan harapan pada tahun depan dia mahu lebih banyak berdoa dan kurang bercakap.

Perkongsian Puteri Sarah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan agar segala urusan pelakon itu dipermudahkan serta menemui kebahagiaan. 

×