Semalam, pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie berkongsikan bahawa dia telah pun berpisah dengan isterinya, Datin Nina Ismail Sabri pada Ogos lalu.
Menurut Jovian, dia dan Nina akan tetap menjadi sahabat dan ibu bapa kepada puteri tunggal mereka, Jeanelle Nika Mandagie kini berusia enam tahun.
BACA: Jovian Mandagie, Nina Ismail Sabri Umum Bercerai
Diruangan komen perkongsian itu, Nina dilihat ada meninggalkan komen mengatakan bekas suaminya itu masih boleh menggunakan akaun Netflix miliknya.
Komen tersebut dibalas oleh Jovian mengatakan dia juga mahu bekas isteri menaja produk mandian jenama miliknya kepada dia.
Melihatkan komen kedua-dua mereka, rata-rata netizen tumpang gembira melihat hubungan baik yang terjalin demi anak tunggal mereka.
Untuk rekod, Jovian dan Nina mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.