Fuad Rahman Merajuk Kalau Tom Tak Masak

Meskipun sibuk dengan pertandingan Famili Duo musim ketiga (FD3), namun penyanyi Tom berkata dia tetap akan memasak juadah untuk keluarga.

Memetik Hib Glam, menerusi perkongsian di Insta Story, Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzan Raja Ikram berseloroh suaminya Fuad Rahman akan merajuk jika tidak sempat untuk masak.

BACA: Fuad Larang Tom Nyanyi Di Kelab Malam Lepas Kahwin

“Tak sempat sejuk nasi suami sudah makan, hari ini sibuk ‘soundcheck’ dan latihan Famili Duo tapi masak tetap masak. Kalau tak masak, muncung Fuad sampai dekat parkir bawah,” katanya.

Dalam pada itu, Tom berkongsikan anak-anaknya berselera jika makan masakannya berbanding makan di luar serta tidak mahu membazir.

“Anak-anak pun bila Tom masak baru makan banyak, makan dekat luar asyik tak habis saja. Jadi keluarga kami memang kena masak setiap hari, tak boleh pesan makanan luar. Dengan Fuad memang kena masak,” kongsinya.

Untuk rekod, Tom dan Fuad Rahman mendirikan rumah tangga pada 23 Februari lalu di Batam, Indonesia.

×