Pendakwah bebas, Firdaus Wong menasihati orang ramai agar tidak terlalu emosi apabila memberi pandangan mengenai isu influencer, Alif Teega yang berkahwin satu lagi.
Menerusi video dikongsikan di Instagram, Firdaus turut mempersoalkan mengapa ramai yang emosi serta mahu masuk campur dengan memberikan komen berkenaan isu tersebut.
BACA: Stres, Kurang Makan Punca Saiz Bayi Dalam Kandungan Aisyah Hijanah Kecil
Kata Firdaus lagi, Islam mengajar umatnya agar berfikiran rasional sebelum bertindak melakukan sesuatu. Tambahnya, dia turut bertanyakan kepada netizen adakah influencer itu melakukan perkara yang haram.
View this post on Instagram
“Apabila influencer ini berkahwin untuk kali kedua, beberapa persoalan yang perlu diketahui yang mana Islam mengajar kita untuk berfikir secara rasional, jangan terbawa dengan emosi kerana orang yang emosi mudah dimanupulasi.
“Pertama, apabila influencer itu bernikah kali kedua, adakah dia melakukan sesuatu yang haram? Tidak. Kedua, adakah dia menggunakan duit anda? Tidak. Ketiga, saya lihat isterinya juga mendoakan suaminya bahagia.
“Tetapi saya lihat ramai netizen yang emosi ketika membahasakan isu ini. Kenapa anda ingin masuk campur dan memberikan komen? Itu antara urusan dia dan isterinya, adakah isterinya datang mengadu kepada anda?” katanya.
Dalam pada itu, pendakwah itu turut mempersoalkan mengapa ada lelaki yang berkahwin dua pasti akan dikutuk, namun artis yang bermesra dengan mereka yang bukan mahram dipuji.
Tambahnya lagi, dia bukan menyokong Alif namun mengatakan influencer itu tidak melakukan perkara haram serta mempersoalkan individu yang mengejeknya sama ada sempat atau tidak memohon maaf.
“Saya bukan ingin menyokong Alif, tetapi ingin mengajak orang ramai berfikiran rasional. Siapa yang mahu buat (poligami), buat dengan cara yang halal, bismillah, silakan. Yang akan menanggung adalah dia.
“Dia bukan melakukan sesuatu yang haram, netizen yang mengejek dia yang mendapat dosa. Sempat ke meminta maaf kepada dia sebelum anda meninggal dunia? Kerana anda telah mengejek dan menganjing dia.
“Kenapa bila nampak lelaki yang kahwin dua buat benda halal, dia dikutuk habis-habisan. Tetapi bila nampak artis atau kawan-kawan yang bermesra dengan pasangan bukan mahram, kita kata sweet. Apa masalah dengan anda?
“Masalah anda adalah kekurangan pemahaman agama, nak beragama tetapi pick and choose, nak beragama tetapi ikut emosi. Ingatlah, orang kahwin satu, dua, tiga, empat tiada kaitan dengan anda. Bukan dia kahwin dengan anda pun atau minta duit anda.
“Kerana mahu mengkritik tanpa kita sedari, kita telah menghina syariat. Lihat kata-kata anda. Semoga semua bermuhasabah,” katanya.