Nampaknya, kisah rumah tangga pasangan influencer Alif Teega dan Aisyah Hijanah semakin hangat diperkatakan apabila satu demi satu pendedahan dibuat oleh adik Aisyah.

Terbaru, Amirul adik kepada Aisyah, Amirul Adni Rustam dilihat ada memuat naik laporan perubatan dipercayai milik Aisyah di Insta Story.

BACA: “Wahai Alif, Jangan Gertak Bini Kau, Nak Suruh Kakak Aku Bersihkan Nama Kau?” – Adik Aisyah

Menerusi laporan tersebut Aisyah dikatakan mengalami bengkak pada lengan setelah didakwa direntap oleh suaminya dalam satu kejadian pada 10 Oktober lalu didakwa berlaku pertengkaran antara mereka.

 

 

Dalam rekod itu juga, Aisyah didakwa telah dipukul beberapa kali oleh suaminya dalam tempoh setahun dan kali terakhir adalah pada 8 November lalu.

Sementara itu, adik Aisyah berkata dia berani untuk menegakkan mana yang benar dan bakal berjumpa dengan Alif. 

×