Sebelum ini, pelakon Azri Iskandar mendedahkan dia dengan wanita misteri dikenali sebagai Dr Azra sudah tidak berjumpa sejak lebih setahun lalu dan hubungan mereka semakin renggang.
Memetik Harian Metro, Azri berkata dia tidak mahu lagi bercerita mengenai kekasihnya yang menjadi bualan ramai malah turut ditegur oleh rakan pelakonnya, Azhar Sulaiman.
BACA: Hubungan Dengan Dr Azra Renggang, Azri Iskandar Sedang Kenali Wanita Lain
“Saya sebenarnya tak kisah cerita sendiri didramakan. Tiada masalah kerana boleh kongsi. Kebetulan dah banyak pula kisah cinta saya orang tahu. Dah tiada apa nak sembunyikan, jadi baiklah cerita.
“Namun, Azhar Sulaiman marah. Katanya kenapa engkau cerita pasal ada kekasih? Aku kalau sempat jumpa kau Azri, aku tak bagi kau cakap. Nak kahwin nanti baru kau cakap,” katanya lagi.
Menurut Azri lagi, dia ikhlas untuk berkongsikan mengenai kekasihnya namun Dr Azra tidak ‘support’ serta tidak mahu gambarnya keluar sehingga dia pula dituduh gila.
“Saya sebenarnya ikhlas nak kongsi dengan peminat, tapi teman wanita yang tak ‘rugged’, tak ‘support’ saya, tak nak bagi gambar keluar. Akhirnya saya dituduh gila,” katanya.
Dalam pada itu, Azri turut berkongsikan hubungannya dengan Dr Azra masih kabur selepas sudah lebih setahun tidak berjumpa dan enggan memberikan komen tentang wanita itu.
“Ada kawan tapi macam itu sajalah. Saya tak pasti sama ada ada lagi dengan dia. Saya tak nak komen dah pasal dia. Tak nak cerita lagi dah. Yang baru (teman wanita) pun tak nak cerita nanti Azhar marah.
“Sebabnya nanti saya kena kecam lagi. Nanti orang tuduh saya reka cerita dan sebagainya. Dia tak sanggup nak dengar begitu. Saya pula macam tak tentu arah hadapinya. Dia tak nak perkara ini berulang. Apapun saya takkan rahsiakan kepada semua jika berkahwin semula selepas ini. Saya akan jemput media,” katanya.